Saturday, May 28, 2005

HARI YANG INDAH

Semalam 27/05/05 (Jumaat) merupakan hari yang membahagiakan untuk aku. Aku mengambil cuti pasal nak gi shopping barang hantaran tunang aku (Sabrina That I Love) dan luangkan masa dengan dia. Terasa satu hari yang tidak menjemukan. Masa yang berlalu aku rasakan amat pantas berlalu. Thanx sayang kerana membuat diri ini berasa bahagia. Hidup ini menjadi lebih bermakna. Kasih mu akan sentiasa menemani diri ini. Semoga Majlis Pertunangan kita pada 18/06/05 kelak akan berlangsung dengan lancar. Amin......
P/s : I LOVE U SO MUCH SABRINA!!!!!!

Tuesday, May 17, 2005

ASSALAMUALAIKUM W.R.B
Assalamualaikum kawan-kawan semua. Alhamdulillah setelah berjuang hampir 3 bulan lebih dan sejumlah Ringgit Malaysia di gunakan akhirnya mak aku sembuh. Tinggal pemantauan yang konsisten yang sedang aku laksanakan. Syukur kepada Illahi kerana memperkenankan doa aku dan aruah adik aku. Terima kasih kepada kawan-kawan yang telah turut sama mendoakan mak aku. Budi kalian semua tidak dapat aku balas. Hanya pada Allah aku serahkan semua ini. Dalam masa yang sama aku ingin berkongsi berita gembira dengan sahabat-handai aku seperti kad jemputan di atas. :p

P/s: I luv U Sabrina.... :-)
Ahmad Jais & Kartina Dahari
Budi Setahun Segunung Intan
Jangan cik adik lah sayang
Rindukan bulan
Bulanlah tinggi cik adik
Jauh di awan
Orang jauh jangan rindu
Orang yang dekat dengarkan teman

Teman dicari cik adik
Bergurau senda
Tidur sebantal cik adik
Sanggul berbunga
Kasih sayang hamba sembah
Sirih dikapur tanda mesra

Sirih sekapurlah abang
Berseri muka
Bunga setangkai cik abang
Penyambut kata
Kalau tuan sayang hamba
Tidaklah padi berusang hamba

Takkan berusanglah abang
Padi diladang
Takkan terbang hai abang
Pipit di ladang
Kekasih rindu dikenang
Budi setahun segunung intan

Monday, May 09, 2005

Assalamualaikum w.b.t

Setelah menjalani proses pertapaan yg meletihkan minda aku :p aku kembali ke pangkuan blog. Macam-macam yang terjadi sepanjang aku bertapa. Aku terpaksa kuatkan diri dan semangat aku. Selepas ini aku akan berlagak humble dan buat kepala sendiri kat opis. Maklumlah hari tu aku kena sound kaw-kaw sampai nak kena pukul. Tapi aku take it easy pasal aku pon bukannyer anak ayam yang dia boleh belasah sesuka hati mak bapak dia :p Tuhan itu adil kerana memberikan aku ujian begini. Kerana aku kenal siapa kawan-kawan opis yang boleh di percayai. Mak aku masih sakit dan di dalam proses akhir perubatan. Duit jangan ceritalah keluar macam air paip. Tapi mak ada seorang je. Kalau hilang mana aku nak carik gantinyer???
Anyway selamat pengantin baru kepada Pak Bear @ Afzal dan Dr. Najah. Hanya doa yang mampu aku kirimkan dan maaf kerana tidak dapat hadir. Dan selamat pengantin baru yang teristimewa daripada aku kepada Don Shay
@ Sharul dan Juju yang baru saja bernikah pada 07/05/2005. Kalau buat upacara pecah tanah tu pelan-pelan sikit ye bang, maklumlah tanah lembut :p
Ok laa kawan-kawan aku dah nak start keje nih. Maklum laa kena carik makan kang kena ugut pukul lagi lak. Takpe....,tuhan kan ada. Tulang empat kerat aku takkan izinkan dia membelasah aku dengan senang-senang. Jangan ingat kau seorang boleh jadi samseng hanya kerana aku hanya menjadi seorang pelawak di opis.



P/S: I Luv U Sabrina..., semoga kasih kita berkekalan :p

Thursday, March 31, 2005

ADAKAH INI ENTRY TERAKHIRKU???

Eh kenapa dengan kau nih? Tetiba je nak resign dari blog?Ada apa-apa ke nih? Entah laa aku pun tak tau....pasal letih kot?Laaa kita sebagai manusia mesti menghadapi masalah...,takkan ko give up pulak???Bukan give up cuma terasa letih yang teramat sangat. Aku dah tak larat memikul bebanan ini. Habis tu selama ni ko anggap blog nih membebankan kau ke? Tak..., bagi aku blog ni sumber melepaskan perasaan, aku sayangkan blog ni sangat!!! So kenapa kau nak quit??? Kerasa hidup mesti terus dan begitulah seterusnya sehingga kita dijemput mengadap Tuhan. Macam aku cakap tadi aku dah letih, lagi pun aku anggap aku bercuti. Tengok laa kalau hati aku terbuka balik aku akan aktif balik berblog...Aku harap kawan-kawan memahami aku kenapa aku mengambil keputusan nih.............
SilverBulletit : Nanti aku akan pulangkan bluetooth, kalau tak pon bulan 6 aku datang jumpa ko melantit sama-sama. Aku ingat nak beli je dari kau :p
Kepada semua bloggers teruskan usaha anda. Mungkin aku dah kalah... :-( Tapi perjuangan kalian mesti diteruskan.....
P/S: I Love U So Much Sabrina And I`m Really Mean It!!!
Wassalam

Wednesday, March 16, 2005

Assalamualaikum

Ketika aku menulis entry ini aku berada di opis kerana membuat kerja yang banyak. Entahlah.......semenjak dua menjak ni aku rasa dugaan yang datang kali ini bertali arus. Bagi mereka yang dah tau, mak aku jatuh sakit :-( Aku rasa amat tertekan. Aku tau ini semua ujian dariNya cuma kadang-kadang aku rasa seakan tidak termampu untuk menghadapinya. Tapi bila melihat muka mak aku, aku terpaksa menguatkan semangat untuk terus berusaha mengubatinya. Sedih............bila melihatkan mak aku. Mak...., selagi nyawa dikandung badan petz berjanji akan berikhtiar sedaya mungkin untuk mencari penawarnya. Biarlah ujian ini berakhir dengan cepat. Aku hanya mampu bertahan........, dan berdoa kerana hanya itu yang aku termampu. Mendoakan kesihatan dan kesejahteraan mak dengan linangan airmata....semoga mak cepat sembuh.
Kawan-kawan....,maafkanlah aku kerana tidak dapat menyertai aktiviti-aktiviti bersama kalian kerana aku mempunyai sesuatu untuk diuruskan. Hanya aku pinta agar kawan-kawan aku turut sama mendoakan mak aku supaya sembuh cepat. Aku tak bermaya....
Aku hanya insan biasa, hina lagi lemah. Aku tak tau nak cakap apa lagi....
Wassalam
P/s : I Love You Sabrina..., I Miz You So Much.....

Tuesday, March 08, 2005

PENGUMUMAN KHAS

BLOG INI AKAN BERCUTI MULAI HARI INI SEHINGGA KE SATU TARIKH YANG AKU SENDIRI TAK TAU. SEKIAN TERIMA KASIH..............
P/s: I love You Sabrina :-) Kasih I untuk You tak bercuti.....

Sunday, February 27, 2005

Wahahahahh.... :p

Pada hari jumaat hari tu (25/02/05) Pengarah Urusan aku telah mengadakan mesyuarat tergempar tepat pada pukul 9.00 pagi untuk Sales Department. Dapat memo pasal mesyuarat ni pon pada hari sebelumnya iaitu hari khamis. Semua staff termasuk aku yang cute (aku agak laa:p) ni pon tertanya-tanya apa kebendenyer yang boss aku nak mesyuaratkan. Punyalah kecoh sampai ada opismate aku bertaruh sesama mereka sendiri mengenai apakah isu-isu yang akan menjadi topik dalam mesyuarat kali nih. Aku tertanya-tanya jugak tapi aku hanya pasrah. Kalau ditakdirkan kena tembak dalam mesyuarat ni aku akan telan je.

So pada pagi jumaat tu macam biasa aku memang sampai awal ke opis so prepare segala baju kalis peluru untuk menangani tembakan-tembakan berkuasa dari Pengarah Urusan aku tuh.Tepat pada pukul 9.00 pagi mesyuarat pun bermula. Laaaa rupa-rupanyer Pengarah Urusan aku mengumumkan struktur operasi terbaru dimana satu perubahan drastik di samping tembakan-tembakan berkuasa sederhana dilepaskan :p diambil untuk meningkatkan tahap keberkesanan kerja kami nih. (Aikkk???) Pegawai yang selama ini menjaga ikut loji air akan menguruskan loji mengikut produk. So dulu aku akan jaga hanya satu akaun iaitu akaun Loji Air Sg Semenyih di Putrajaya, sekarang aku akan berhadapan dengan lebih kurang 40 buah loji yang menggunakan produk LIQUID CHLORINE. Satu produk yang digunakan dalam industri merawat air untk membasmi kuman di dalam air. Dalam banyak-banyak bahan kimia yang digunakan didalm industri merawat air ini Liquid Chlorine merupakan bahan kimia yang paling merbahaya. Kalau laa drum klorin ni bocor boleh mengakibatkan kawasan di dalam radius 30km terpaksa dikosongkan!!!(tak silap aku laa...) Pasal kalau terhidu gas klorin ni pada ppm (part per million) yang tinggi walau pun hanya dengan satu sedutan alamatnyer dengan izin Allah......., Innalillahwainailaihirojiun!!! Mati beb....


So selepas ini aku akan memohon kursus di NIOSH dalam bidang safety audit atau pun dalam bidang safety officer. Errr kena mintak syarikat sponsor nih :p. Kena beli buku rujukan teknikal dan kejuruteraan kimia (laaa kena belajar balik ke???) untuk memantapkan diri dalam pengetahuan bahan kimia nih. So lepas ni aku akan melakukan safety audit kat setiap loji air yang berkaitan dari segi aspek perkhidmatan, pengurusan keselamatan dan lain-lain. Aduiiiii boleh kurus aku dibuatnyer........Handphone aku tak boleh di matikan selama 24jam/365hari untuk sebarang kecemasan (macam operator laa pulak!!!)


Lupa lak nak bagi tau.....ada banyak bahan kimia dan aku ditugaskan untuk mengendalikan satu je iaitu seperti yang tersebut di atas tadi. Apa pun aku anggap ini sebagai satu cabaran di mana Pengarah Urusan aku percaya aku layak untuk menjalankan misi-misi khas ini :p. So aku kenalah membuktikan kebolehan aku pada pihak pentadbiran iaitu Rizal Rosli @ Petz bersedia untuk bekerja di bawah risiko yang tinggi demi memastikan rakyat menikmati bekalan air yang bersih. Aku akan anggap ini sebagai satu ibadat di mana aku berkhidmat untuk kepentingan rakyat jelata di negara ini amnya dan di dalam Selangor khasnyer. Insya-Allah aku akan melaksanakan tugasan baru ini dengan penuh rasa tanggujawab dan amanah. Walau pun aku rasa amat berat.

Aku mengadu pada S pasal benda nih dan S pujuk aku agar bersabar :p. Terima kasih sayang kerana senantiasa berada di sisi diri ini. You are great sayang.....!!!!

P/s: I Luv You S!!! (u know it)........ Muahhhhhhhh..... :-)

Tuesday, February 22, 2005

The Reason

I'm not a perfect person
As many things I wish I didn't do
But I continue learning
I never meant to do those things to you
And so I have to say before I go
That I just want you to know

I've found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
And the reason is you

I'm sorry that I hurt you
It's something I must live with every day
And all the pain I put you through
I wish that I could take it all away
And be the one who catches all your tears
Thats why i need you to hear

I've found a resaon for me
To change who I used to be
A reason to start over new
And the reason is You

And the reason is You
And the reason is You
And the reason is You
And the reason is You

I'm not a perfect person
I never meant to do those things to you
And so I have to say before I go
That I just want you to know

I've found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
And the reason is you

I've found a reason to show
A side of me you didn't know
A reason for all that I do
And the reason is you............................

Sekian....terima kasih.............

Saturday, February 19, 2005

..::Hari Sabtu Yang Bercelaru::..

Perghhh...hari ni aku sampai kat opis pukul 7.00 pagi. Aku memang selalu sampai awal kat opis. Maklumlah aku duduk kat Kajang dan bekerja di Petaling Jaya. selalunya aku akan keluar dari rumah pada jam 6.10 pagi. Ehehehh...apa nak buat, demi mengelakkan kesesakan traffik yang aku melampau tahap DEWI aku terpaksa bertolak seawal itu. Hah....kenapa tak keluar pukul 7 atau 8 pagi??? Jawabnya muka aku akan jadi macam Incredible Hulk (tapi kulit coklat laaa... :p) bila aku sampai kat opis. Lenguh wooo tekan clucth!!! Tenaga yang dihasilkan melalui sarapan aku kat rumah habis begitu je (err...a.da lojik ke???) tanpa digunakan di tempat yang sepatutnya. Ok.....kalau dah sampai opis apa selalunya aku buat eh??? Ermmm...kalau mengantuk aku tidur dulu pasal opis aku start keje pukul 9 dan habis pukul 5. Kalau ada kerja banyak aku akan terus buat kerja tanpa tidur.
Hari ni aku menghabiskan masa dengan kerja (bukan pasal tu ke aku dibayar gaji???) :p yang melampau. Nak buat itu nak buat ini. Arghhhhh tension betul tapi apa nak buat, cari makan macam ni laa. So masa aku apdet blog ni pun dah pukul 5.30 petang so mata dah start kuyu..... Anyway malam ni selepas maghrib aku ada kenduri cukur jambul anak opismate aku kat langat. Kena laa pergi pasal nama pun dah kawan kan...Ermm...agak2nyer apa laa lauk kenduri tu eh :p. Ok laa kengkawan izinkan aku tido kejap pasal nak kumpul tenaga untuk majlis malam ni. Nak kunci alarm timer kat henpon nih... Bye2
P/s:Nasib baik S telefon, kalo tak memang kompom aku biol :p

Sunday, February 13, 2005

Assalamualaikum w.b.t

STREAMYX IN DA HAUSSSS!!!

Setelah sekian lama berjaya juga aku mensetup streamyx kat umah aku nih. Itu pun jenuh aku kol TMnet. Terima kasih pada kakitangan TMnet seperti Kartini, Alvin, Naza dan Punitha yang bersikap mesra alam :p dan profesional ketika melayani pelanggan yang cute macam aku nih. Budi baik kalian ini akan ku kenang selagi aku boleh ingat. Kalau dah terlupa aku nak buat macam macam mana lak kan. Tu laa pasal aku tulis dalam blog nih. Buat pertama kali dalam sejarah aku mengapdet blog dari rumah kat kajang. Rasa seronok laa. Tapi YM tak stabil laa pulak. Setiap kali aku YM dengan S musti pc aku heng. Tapi aku anggap ini semua dugaan dalam perhubungan kami.
Minggu ni aku rasa sungguh seronok kerana cuti panjang. Seronoknya kalau tiap-tiap minggu macam nih. Harapan aku semoga kalian dapat mengisi cuti ini dengan mereka-mereka yang tersayang. Berikanlah komitmen kepada mereka kerana tanpa orang yang disayangi siapalah kita. Luv u S.......(u know it)
Wassalam......

Monday, January 31, 2005

SILATURRAHIM TERJALIN

Pada 29/01/2005 (Sabtu) Presiden Geng Mak Itam (G.M.I) iaitu En.Basri telah menganjurkan satu sessi Poolside BBQ bertempat di Mutiara Subang. So dalam kul 6.00 petang aku start bergerak menuju ke Subang dari kajang. Sekali tersangkut dalam jem kat airport subang. Rupa-rupanya ada jualan gudang di kampung melayu Subang. Perghhhh punyalah banyak umat manusia kat sana. So aku sampai kat rumah Presiden G.M.I dalam kul 6.45 petang serentak dengan ketibaan E-1 dan Atoibolan. So kami bergerak menuju ke rumah Basri. Aiseyyy…blom mula lagi laa so kami pon menolong Basri mensetup logistik dan arena pertempuran BBQ tu. Masa sampai tu si nana, adik Basri yang hensem tu, Eisya dan Lin dah ada dah. Selepas tu Op dan Rudy dan walid pun sampai. Kira cun laa kan pasal tenaga kerja dah ada. Proses memunggah segala keperluan ke kawasan kolam renang dilaksanakan dengan segera dimana ayam dan ikan (khas untuk walid konon :p), segala sos, bekas air (atoi punya), botol aiskrim soda, air mineral di angkut dulu. E1 di tugaskan untuk menghidupkan api untuk mendapatkan bara demi memastikan ayam dapat di panggang. Aku tengok berpeluh-peluh si E1 nak menghidup api. Setelah bermacam-macam skil dan teknik digunakan akhirnya api dapat dihidupkan. Bermulalah babak-babak membakar ayam tu. Semangat muafakat dapat dilihat kerana para blogger bergotong-royong untuk membakar ayam dan mengipas api. Aku tengok je pasal tak tahan dengan asap nanti mata berair. Semasa ayam dimasak semakin ramai blogger yang hadir sampai aku tak sempat nak bersalaman dengan kesemuanya.

Selepas tu sampailah aksi yang ditunggu-tunggu iaitu upacara makan. Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan terima kasih kepada Basri kerasa menyediakan Mee Hoon yang super Nalla nyer sedap. Waaaa….memang sedap seyyyy ayam panggang nih. Memang boleh jual laaa. Pastu ada blogger yang bawa potluck seperti Triffle, Makaroni Bakar, Popia Goreng dan lain-lain lagi. Kira meriah laaaa. So aku makan ayam je pasal tengah diet :p. Aku terharu pasal ramai blogger bersatu hati untuk menjayakan majlis ini. Kalau tidak kita sendiri yang memeriahkan majlis siapa lagi??? So syabas kepada mereka yang telah hadir.

Kepada tuan rumah a.k.a Basri aku tabik spring kat ko dan urusetia BBQ kerana dapat handle majlis nih dengan lancar dan tanpa sebarang kejadian yang tidak di ingini. Lenkali kita setup kat tempat lain lak. Ermm…pada mereka yg nak tengok pixs masa BBQ tu boleh laa klik pada nama-nama yang berkenaan. Mungkin ada nama yang tidak ku sebut tapi ini kerana ku lupa tetapi kalian tetap didalam hati ini. Wassalam……..

Monday, January 24, 2005

RIZ berkata...........

Terima kasih ku ucapkan padamu kerana sudi memberikan ruang di dalam hati mu untuk seorang lelaki yg berkostium beruang seperti aku ini. Terima kasih kerana mempercayai diri ini yang kekurangan serba-serbi untuk berkongsi perasaan dan rasa. Aku hanya ingin memanjakan dan dimanjakan oleh mu. Terima kasih kerana memberi aku peluang untuk merasai nikmat kasih sayangmu yg kurasakan amat berharga. Sehingga aku takut kehilangan mu. Syukur pada tuhan yang memberikan aku kekuatan untuk terus berjuang menentang arus yang deras. Aku hanya insan biasa yang menjanjikan tertumpahnya janji ikhlas untuk dikongsi bersama. Ketika di telefon lidah aku kelu....mengapa?. Mungkinkah ini yang aku cari selama ini?

P/s:Cukuplah dengan apa yang telah terungkai di antara kita. Biarlah ianya menjadi rahsia kita selagi boleh. Malaysia boleh :p

Tuesday, January 18, 2005

MERAMAS MESRA SAMBIL MELANTIT

Sepasang Tangan Makhluk Sedang Beraksi :p

Wahahahhh….setelah sekian lama aku mengidam untuk berjumpa Mat Jan akhirnya dapat juga aku mensetup majlis lantit bertempat di kajang. Sepatutnya program melantit ini berlangsung pada hari ahad yg lepas tapi bak kata Lapan,”Mat Jan telah mengikut bontot jantan lain”. Cehhhh…..terasa diri terselamat :p

So kena la tunda pada hari isnin (semalam) dan setelah bertegang kibod di dalam YM dengan ND aku berjaya meracun MJ untuk turun ke kajang. Seperti yang aku janjikan, aku berada di komuter Kajang tepat jam 6 petang dan macam biasa MJ berjanji menggunakan jam melayu so dalam 6.15 baru nampak batang hidung dia. Sekali aku memaksakan diri untuk menyedari ada hamba tuhan yg lain mengekori MJ. Yaaaaa…rerupanyer si Yaabna @ Annuar. Selepas memikap dorang aku shoot laa terus gi Satay Hj Samuri untuk membeli kain batik….eh!!! Silap….beli sate daaaaaa.Tunggu Nadzmi pulak dan dia naik moto, senang katanyer. Masa nak turun beli sate tu laa MJ mendapat satu panggilan misteri yang bakal membuatkan aku sesak nafas. Yeahhhh…ada lagi gejuis yg mahu melantit bersama. Alamak…dengan konpiden nyer aku membeli sate 100 cucuk (dengan bangganyer :p) untuk menjamu kengkawan aku yang aku amat sayangi (cehhhh….:p)

Wartawan dan Dr.Veterinar yg Sedang Ponteng Keje :p


Selepas sate siap dibakar sehingga masak, aromanyer memenuhi kereta aku yg dipenuhi 3 orang manusia yang mengidam nak makan sate Kajang, aku bergerak menuju ke port yg telah ditetapkan iaitu istana Lapan.Selang 20 minit selepas tu Dobot pon sampai. So dipendekkan cerita kami bersembang,memekak,mengumpat,mengutuk dan perkara-perkara yang sewaktu dengannyer. Amat seronok dapat melantit dan dilantit bersama rakan-rakan. So sepatutnyer menjelang pukul 8 sepatutnyer gejuis yang lain sampai tapi tak sampai-sampai. Apa lagi melantit sate pepuas laa.

Pehtu MJ dan konco-konconya bergerak menuju ke MALI untuk sessi Lantit yang kedua. Aku tak pergi pasal tolong tuan rumah kemas-kemas apa yang patut dan layan karya-karya terhebat dia sementara dia ngan along (wife lapan) membasuh pinggan mangkuk.

Yaabna N MJ mendengar Tazkirah


So badan pon dah penat, rambut pon dah basah…apa lagi…setelah mengucapkan terima kasih kepada tuan rumah aku membawa diri aku yg tidak sepertinyer ini ke rumah.

P/s:Thanks Lapan pasal ada back up bajet. :p
Perkataan Meramas mesra diambil dari Kay_Rex

Pelantit : Petz, Lapan, Mat Jan, Yaabna, Nadzmi, Dobot.

Nak kena Lantit : Yadziz, Langsat, Salina errrr...tu je kot. Lenkali kita setting cun2 uptown.

Saturday, January 15, 2005

Persahabatan Terjalin

Apabila bersahabat, diri sendiri & sahabat harus mempunyai tanggungjawab & punya harapannya sendiri. Antaranya ialah :-
1. Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita & sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku.
2. Jgn terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.
3. Jgn terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat spt tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.
4. Perkara sensitif spt gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usah ditanya.
5. Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi spt rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat.
6. Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya. Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik.
7. Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.
8. Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya. Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita.
9. Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat. beri peluang sahabat bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan & kita hanya menyekat perhubungan dgn insan lain.
10. Jika salah seorg marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati. Jgn dibalas, berdiam & tunggu hingga dia reda & sejuk. Pasti hubungan akan kembali spt biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap org ada lautan hati yg pasang surut.
11. Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia mengomel, dengar & angguk. Itu lebih baik dpd membuat komen. Ia boleh memburukkan keadaan.
12. Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita i.e. kekayaan, kecantikkan dan sebagainya.
Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dgn apa yang dikurnia oleh Allah s.w.t Rasulullah s.a.w. bersabda:"Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."
P/s: selalunyer kita buat yang sebaliknya....

Friday, January 14, 2005

Adik
Terasa bagaikan semalam baruku berkenalan dengan mu
Di kedai nasi lemak kepunyaan ibu mu
Nama mu selalu bermain dibibir ibu mu
Telah sekian lama baru ku bersua muka
Raut wajahmu yg bersih menceritakan segalanya
Namun aku kaget kerana pada pagi itu
Ibu mu menelefon memberitahu tentang pemergian mu
Aku pasrah dan terasa amat fana
Adik
Semoga kau bersemadi dengan aman dan tenteram
Dikalangan mereka-mereka yg beriman dan beramal soleh
Al-Fatihah...........
Kepada Allahyarhamah Faizah yg berusia 14 tahun telah menyahut seruan Ilahi pada 10/01/2005 di Shah Alam.Izinkanlah aku untuk menyendiri...........buat sementara waktu :(

Saturday, January 01, 2005

TAHUN 2005

Assalamualaikum w.b.t

Tahun 2004 banyak perkara telah berlaku di dalam hidup aku dan ianya bercampur-baur di antara suka dan duka, manis dan pahit serta dalam rela atau pun terpaksa. Aku terus bertambah usia tapi terasa sedikit pencapaian yang aku perolehi. Dan yang paling terasa dalam hati ini ialah satu kesunyian yang tak dapat terungkap pada sesiapa pun. Pada siapa harus aku berkongsi kesunyian ini. Sudah masuk 27 tahun aku hidup di dalam dunia ini tapi aku masih tidak mempunyai dan dipunyai oleh sesiapa. Gasak laa kalau korang kata aku nih POYO tapi aku peduliksss apa. Janji aku jujur dengan diri sendiri dan jujur pada teman-teman. Kalau cerita manis-manis tapi terselindung hempedu pun apa gunanya. Terasa ingin ku putar kembali saat-sat manis dan indah tapi apakan daya aku hanyalah insan kerdil (walau pun besar :p) tanpa apa-apa kuasa ajaib macam doraemon. Ternyata kita harus dan terus melangkah ke hadapan walau apa pun yang berlaku. Sama ada suka atau pun tidak kita harus memberikan usaha yang terbaik kerana dengan usaha yang terbaik tahap dewata raya pun kalau Allah tidak mengizinkannya pun ianya tidak akan terlaksana.
Teman datang dan pergi, begitulah seterusnya pada tahun 2005 tapi jauh di sudut hati ini aku tetap bersyukur kerana mendapat peluang mendapat ramai kawan-kawan baru berbanding kawan-kawan yang pergi. Di tinggalkan atau meninggalkan seseorang kadangkala bukanlah dalam rela tapi mungkin di saat dan waktu itu hanya itulah jalan penyelesaian yang terbaik untuk semua pihak, yang penting tiada dendam kesumat yang menghantui perjalanan.Aku panjatkan puji-pujian padaNya kerana dengan izinNya aku telah pun melalui 2004 walau dengan rahmatNya. Namun sifat manusia yang sering lalai.......
Kepada kawan-kawan yang ada, harapan ku agar dibenarkan aku bertapak didalam hatimu kerana aku kena mengaku tanpa rakan-rakan aku akan goyah dan tak mustahil akan tersungkur.Kalau tak tidak mengapa, mungkin perjalanan ini milik aku seorang dan akan seterusnya begitu. Jangan dipandang kepada yang gembira dan jangan dinilai pada yang menangis...kerana kita hanyalah pelakon........
Terima kasih pada yang sudi memahami diri ini....aku amat menghargainya....Wassalam.
2005 Let We Begin...........

Monday, December 27, 2004

GEJU GATHERING 2004

Alhamdulillah,setelah sekian lama berangan untuk menyertai Majlis Perjumpaan GEJU akhirnya tercapai. Semalam merupakan hari yang akan aku kenang dalam hidup aku.Berjumpa dengan para blogger yang hebat-hebat menyedarkan aku yang diri ini tidak bersendirian dalam menongkah arus penulisan di alam maya nih.Basri,OP,Wakdin,Tok R,Uncle EP,Sultan Muzaffar,Purbe dan lain-lain amat ramah melayan aku yang kerdil nih (walau pun aku nih besar :p)
Jutaan tahniah kepada majlis urusetia yang berjaya mengendalikan majlis nih dengan penuh gemilang. Dalam gembira ada duka di mana MatJan,Kekure Sakti,Salleh Kamil dan beberapa kerat tidak dapat menyertai majlis nih di atas sebab-sebab yang relevan. Semoga kami dipertemukan pada suatu hari nanti.
Tak lupa pada pemenang meja paling HAVOC tu....,tahniahlah pasal berjaya membuktikan anda merupakan yang terbaik :p. Terima kasih kerana sudi berbual dengan aku yang encem nih dan aku rasa macam dah lama pulak kenal korang nih. Kepada Lenzit thanks kawan kerana sudi melepakkan diri di meja aku sepanjang sesi majlis berlangsung. Dan tak lupa kepada Lapan kerana sudi pergi dengan aku.
Aku percaya dengan berlangsungnya majlis nih kita dapat mencapai objektif kita iaitu untuk berkenalan dengan para bloggers yang lain dan bernaung dibawah satu payung yang sama.

Monday, December 20, 2004

Muahahah

Rules From Men.. Read this
We always hear "the rules" from the female side.
Now here are the rules from the male side.
These are our rules! Please note... these are all
numbered "1" ON PURPOSE!

Learn to work the toilet seat. You're a big girl. If it's up, put it down.
We need it up, you need it down. You don't hear us complaining about you
leaving it down.
Sunday sports. It's like the full moon or the changing of the tides. Let it
be. Shopping is NOT a sport. And no, we are never going to think of it that way.
Crying is blackmail.
Ask for what you want. Let us be clear on this one: Subtle hints do not
work! Strong hints do not work! Obvious hints do not work!Just say it! For
goodness sake!
Yes and No are perfectly acceptable answers to almost every question.
Come to us with a problem only if you want help solving it.That's what we
do. Sympathy is what your girlfriends are for.
A headache that lasts for 17 months is a problem. See a doctor.
Anything we said 6 months ago is inadmissible in an argument. In fact, all
comments become null and void after 7 days.
If you won't dress like the Victoria's Secret girls, don't expect us to act
like soap opera guys.
If you think you're fat, you probably are. Don't ask us.
If something we said can be interpreted two ways and one of the ways makes
you sad or angry, we meant the other one.
You can either ask us to do something or tell us how you want it done. Not
both. If you already know best how to do it, just do it yourself.
Whenever possible, please say whatever you have to say during commercials.
Christopher Columbus did not need directions and neither do we.
ALL men see in only 16 colours, like Windows default settings. Peach, for
example, is a fruit, not a colour. Pumpkin is also a fruit. We have no idea
what mauve is.
If it itches, it will be scratched. We do that.
If we ask what is wrong and you say "nothing," we will act like nothing's
wrong. We know you are lying, but it is just not worth the hassle.
If you ask a question you don't want an answer to, expect an answer you
don't want to hear.
When we have to go somewhere, absolutely anything you wear is fine...
Really.
Don't ask us what we're thinking about unless you are prepared to discuss
such topics as cricket, soccer or rugby
You have enough clothes.
You have too many shoes.
I am in shape. Round is a shape.
Thank you for reading this...Yes, I know, I have to sleep on the couch
tonight, but did you know men really don't mind that, it's like camping.
Pass this to as many men as you can - to give them a laugh.
Pass this to as many women as you can - to give them a bigger laugh!!
compliments to Salleh Kamil for this stuff....

Wednesday, December 15, 2004

JIWAng

JANGAN KATAKAN

DAN KATAKANLAH!!!

Andainya kamu berkenalan
Jangan katakan
"Ah... siapa juga kamu"
Tapi...katakanlah
"Aku senang dengan perkenalan ini"
Pasti kenalan akan bertukar menjadi kawan
Andai kamu sedang berkawan
Jangan katakan
"Ah...aku punya ramai kawan"
Tapi...katakanlah
"Kamu adalah special berbanding yang lain"
Pasti kawan akan bertukar menjadi cinta
Andai kamu sedang bercinta
Jangan katakan
"Ah...aku masih boleh cari cinta yang lain"
Tapi katakanlah
"Kamu adalah segalanya dalam hidup ku"
Pasti cinta bertapak kuat dalam hati mu
Andai kamu pernah bercinta
Jangan katakan
"Ah...kamu cuma orang kedua dalam hidup ku"
Tapi katakanlah
"Kamu terbaik dalam hidup ku"
Pasti tidak ujud rasa cemburu
Andai perkenalan bertukar menjadi kawan
Andai kawan bertukar menjadi cinta
Andai cinta tiada cemburu
Maka akan ujud keikhlasan
kejujuran
keyakinan
kepercayaan
ketelusan
kesetiaan
Yang akhirnya menjadi satu cinta AGUNG
Yang tiada tandingan
Pada Siapa...???
...............................................................

p/s : cinta tiada cemburu? bio betul beb...


Lagi sekali thanks pada ayu melaka kerana email mu ini.... :p